Sumbangan Program Ilmu HALAQAH SETIAWANGSA
Assalamu'alaikum.
HALAQAH SETIAWANGSA merupa sebuah NGO Kebajikan yang didaftarkan atas nama PERTUBUHAN HALAQAH ILMU SETIAWANGSA.
(PPM-027-14-19082020)
Fokus UTAMA HALAQAH SETIAWANGSA ialah menyemarakkan Program-Program Ilmu Asas Islam kepada masyarakat setempat khususnya di Kawasan Setiawangsa. Antara program yang dirancang ialah seperti Seminar Aqidah, Seminar Solat, Kelas Al-Quran, Kelas Fardhu 'Ain dan beberapa program lain. Seperti NGO Kebajikan yang lain, kami berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan dalam bentuk 'Menyebarkan Ilmu' SECARA PERCUMA agar dapat dikongsi manfaatnya dengan setiap lapisan masyarakat. - Cuma buat masa ini aktiviti secara fizikal terpaksa ditangguhkan dahulu, in syaa Allah akan cuba diusahakan untuk menghidupkan majlis-majlis ilmu atas talian.
JUSTERU, Kami mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan/puan agar dapat membantu menjayakan program penyebaran ilmu ini. In Syaa Allah semoga sumbangan tuan/puan akan dicatat sebagai Sedekah Jariah yang berpanjangan. Antara Pilihan Sumbangan (Akan dikemaskini dari masa ke semasa) yang kami buka ialah;
- PENGIMARAHAN MAJLIS ILMU - Dana yang terkumpul akan digunakan untuk kos operasi majlis ilmu, saguhati pembimbing dan lain-lain. [Buat masa ini majlis-majlis ilmu in syaa Allah akan dijalankan di atas talian (online)]
- TABUNG KEBAJIKAN - Tabung Kebajikan ini khusus dibuka untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya dari aspek pembelajaran. Antara perancangan program ialah bantuan peralatan sekolah untuk anak-anak.
- TABUNG KHAS COVID-19 - Tabung Khas COVID-19 bertujuan untuk menyalurkan sumbangan kepada Sekolah-Sekolah SWASTA dan guru-guru yang terjejas dengan penutupan sekolah.
- INFAQ CETAK BUKU SOLAT 1 - Kami sedang mencetak buku Modul Solat untuk sesi Seminar Solat dan diedarkan kepada masyarakat.

Sepanjang mana Ilmu yang disebarkan ini memberi manfaat kepada orang, mudah-mudahan sepanjang itulah pahala kepada mereka yang turut membantu menjayakan penyebaran ilmu ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami dalam perjuangan ini!
Semoga Allah mengurniakan kebaikan dari sisiNya buat anda! Jazakumullahukhair.
Pesanan: Kaedah pembayaran menggunakan system FPX daripada Toyyibpay.com untuk memudahkan penyumbang membuat bayaran, jadi transaksi yang keluar di atas nama provider ANSI Systems Sdn Bhd. Kemudian pihak Toyyib akan salurkan ke akaun Halaqah Setiawangsa.
Untuk kaedah manual, para penyumbang juga boleh membuat sumbangan di akaun seperti yang tertera di poster 'Infaq Buku Modul'.